Thursday, 30 May 2013

achummmm!

Posted by Sechantek Rama88 at 02:05 0 comments
**Jika seseorang mahu bersama kamu, tiada apa yang mampu membuatkan mereka menjauhkan diri.
Mereka akan melakukan apa saja asalkan mereka dapat bersama kamu.
Malangnya sesetengah manusia lebih selesa memilih untuk mengabaikan sahaja dan berharap agar
hubungan kekal nilai yang sama tanpa usaha **
(Shafaza Zara Syed Yusof,2012)

Tuesday, 21 May 2013

semua tentang kita-PETER PAN

Posted by Sechantek Rama88 at 21:53 0 comments


Waktu terasa semakin berlalu Tinggalkan cerita tentang kita Akan tiada lagi kini tawamu Tuk hapuskan semua sepi di hati Ada cerita tentang aku dan dia Dan kita bersama saat dulu kala Ada cerita tentang masa yang indah Saat kita berduka saat kita tertawa Teringat di saat kita tertawa bersama Ceritakan semua tentang kita Ada cerita tentang aku dan dia Dan kita bersama saat dulu kala Ada cerita tentang masa yang indah Saat kita berduka saat kita tertawa

sobs-sobs *_'

Posted by Sechantek Rama88 at 21:48 0 comments
sedih!!
knp awk ckp awk sedih??-->persoalan mkin xkan terjawab
knp awk ckp xleh nak pandang sy sbb awk akan rasa sedih-->persoalan mkin xkan terjawab
sedih kerana apa pun awk xnak bagi taw ka??..secret sgt ke?
knp??
yup!!seriously sy mmg sedih..
nangis jugak akhirnya..
semalaman x tdo lena..its true!
mengenang?? maybe..
xpela, sy ni dah motivate diri dari awl lagi
move on.. come on..move on..
u can do it!!
im strong enough!
but when comes to u 
its contradict!!
im failed!!failed to stop crying,
failed to be strong..but..
i still move on..no matter what i must!

yela mmg dari dulu lagi dah redha..
redha pasrah berserah..-->cehhh3..mcm ombak rindu pulakk
mmg tergamam jugak la heard yur story
tapi sy ttp sy...
hepi for u.. sy doakan yg terbaik utk kamu..
mungkin cuma masih terasa kesan cerita dulu kala tentang kita..
past is past..benda yg lama jgn di kenang..
sedih mmg sedih..mungkin itu dah takdir jalan kisah hidup kita..
kamu mcm tu, dan sy pulak mcm ni..
tapi sy nk awk taw,
mmg dr dulu lagi syg sy dengan awk xpernah lupus..
cuma keliru syg tu sbnrnya merujuk kepada apa??
sahabat atau sebaliknya..wallahualam...

dan 1 lagi,..yg bermain dalam fikiran
boleh ke sy ckp ermmm...mcm ni --> WE NEVER FIGHT FOR OUR LOVE..
thats why our ending to be like this..
that all..
tq.. ;-) last episode..
 

Wednesday, 9 January 2013

TETIBA PULAK!!

Posted by Sechantek Rama88 at 19:41 0 comments
haishhh!tetiba pulak rase nak marah kat u!
merajuk ke marah?? pun sye xtau..
"pengantin ke"?? sye tau sapa yg awk maksudkan..
tapi nape tetiba sy nak terasa lak??LOLZ!!
: P

*baru nak update page sbb sblm ni ats sbb urusan perasaan..lagi la ngok ngekk..haha :P

Monday, 8 October 2012

selalu sama :)

Posted by Sechantek Rama88 at 23:54 0 comments
kita selalu sama..
itu je yg dapat saya ckp,..fullstop!!
tapi nak gak bcakap...
hihihi....
semoga kita berbahagia dengan pasangan masing2...
ouchhh!!so sweet!!
tetiba rasa sedih la pulokk!
hepi kot...:)):
anyway~
tahniah to both of us...
selamat berbahagia~~winkie2..:)

Thursday, 6 September 2012

PUTUS ASA?

Posted by Sechantek Rama88 at 00:14 0 comments
siapa yg x putus asa kalau apa yg kita nak tapi xdpt..
bohong kalau ati ni ckp x berputus asa..
mengalah lebih baik dr menimbulkan masalah..
keputusannya????
aku lebih rela menitik noktah perasaan ini..
fullstop!
bila ku sudahi dengn titik noktah ni
xbermakna aku lupa sama kamu..
kita still kwn baik...
dunia akhirat bole???hihi

Monday, 7 May 2012

sakettt!

Posted by Sechantek Rama88 at 01:46 0 comments
memang cinta tapi ada halangan...
memang sedih la bila u cakap mcm tu...:(

Friday, 4 May 2012

cinta jangan pergi

Posted by Sechantek Rama88 at 01:23 0 comments

CINTA JANGAN PERGI-KOTAK
 
Cinta jangan pernah kau coba pergi
Karna di sini ku butuh kamu
Cinta jangan pernah kau coba lari
Karna di sini ku ingin kamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku tak bisa bayangkan
Bila kau tak ada di sini
Aku tak habis pikirkan
Bila kau tak lagi temani aku
Aku tak bisa bayangkan
Bila kau tak ada di sini
Aku tak habis pikirkan
Bila kau tak lagi temani aku
Cinta jangan pernah kau coba pergi
Karna di sini ku butuh kamu
Cinta jangan pernah kau coba lari
Karna di sini ku ingin kamu, kamu
Cinta jangan pernah kau coba pergi
Karna di sini ku butuh kamu
Cinta jangan pernah kau coba lari
Karna di sini ku ingin kamu
Cinta jangan pernah pergi
Cinta jangan pernah lari
Jangan pergi, jangan lari
Cinta jangan pernah kau pergi

Thursday, 3 May 2012

nak tapi terpaksa..

Posted by Sechantek Rama88 at 01:25 0 comments
adil ke kalau nak tapi terpaksa cakap xnak??
mmg x adil...
mana x nyer kita rasa kita boleh dapatkan
tapi byk halangan
terlalu berliku..
kdg2 x logik..
alasan kdg2 x munasabah..
semuanya menjadi serba masalah...
hakikatnya hati nak capai
tapi..........
aku xnak cakap aku x layak....
belum cuba belum tahu...
tapi nak ke bertaruh dengan diri penuh dengan kekurangan???



Wednesday, 11 April 2012

JATUH CINTA

Posted by Sechantek Rama88 at 22:34 2 comments
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Biasa untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan yakin melaung “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan yang terlalu idealis (yang perlu direalistikkan), agak lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihempapkan dengan ujian ‘daya tahan’.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.
Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 24 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus mencinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah juga modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa maksud “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya memang bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percayalah cakap saya; subhanallah sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga adalah jodoh. Berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.


-inspirasi daripada wani ardy-
 

Kalau Indah Katakan Indah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei